Lelaki Hubungi Stesen Radio, Mengadu Dipukul Isteri

Riyadh – Seorang lelaki tempatan menghubungi stesen radio untuk mengadu mengenai perbuatan isterinya yang berusia 26 tahun yang sering memukulnya dengan kayu.

 

Dia meminta bantuan untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

 

“Isteri saya panas baran, sering memarahi saya tanpa sebab,” kata lelaki itu di udara, tanpa menamakan dirinya.

 

Dia juga memberitahu: “Ini bukan satu-satnya masalah saya. Dia mempunyai kayu yang digunakan untuk memukul saya. Saya tidak tahu apa hendak dilakukan”.

 

Apabila pakar sosial dalam program radio itu bertanya dari mana isterinya mendapat kayu itu, lelaki itu berkata: “Daripada ibunya yang membenci saya.”

 

Pakar dan tetamu lain dalam program itu kedengaran ketawa terbahak-bahak apabila mendengar jawapan berkenaan, menyebabkan penerbit menamatkan program itu tanpa mereka sempat mengemukakan cadangan untuk menyelesaikan masalah lelaki itu. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.