Kerajaan Tidak Buat Sebarang Keputusan Pengasingan Dispensari

Kuala Lumpur – Kementerian Kesihatan sehingga hari ini masih belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan mengenai pengasingan perkhidmatan klinik dan farmasi yang mana pesakit perlu membeli ubat secara berasingan selepas mengunjungi mana-mana klinik swasta.

 

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pihaknya telah menerima cadangan yang dikemukakan Biro Farmasi Negara dan perbincangan telah diadakan untuk mempertimbangkan cadangan tersebut meliputi pelbagai aspek.

 

Jelasnya, sebarang keputusan yang dibuat berhubung pengasingan dispensari itu tidak akan membebankan rakyat berikutan pelaksanaan di Malaysia adalah berbeza.

 

“Cadangan tersebut sebenarnya telah banyak dilaksanakan di negara-negara luar. Namun, sebelum ia dilaksanakan kita perlu memastikan ianya munasabah untuk dilaksanakan dalam negara bagi mengelakkan peningkatan kos.

 

“Contohnya, di United Kingdom, yuran perkhidmatan pesakit, rundingan kesihatan dan ubat-ubatan dibayar oleh sistem kesihatan mereka berbanding negara kita, kebanyakkan ditanggung oleh pesakit,” katanya dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, di sini menjawab soalan Dr Noor Azmi Ghazali (BN- Bagan Serai).

 

Selain itu, Subramaniam turut menyatakan kerajaan akan memastikan kebajikan rakyat khususnya golongan miskin dalam mendapatkan bekalan ubat-ubatan di hospital kerajaan sentiasa terjamin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.