Jalin Hubungan Dengan Tunangan Orang: Uqasha Minta Bukti

Pelakon Uqasha Senrose menepis dakwaan mengatakan kononnya dia menjalinkan hubungan dengan tunang pelakon dari Brunei, Nina Iskandar seperti yang heboh diperkatakan dalam laman sosial.

 

Bercakap kepada sebuah akhbar tempatan, pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen ini berkata, beliau terkejut kerana secara tiba-tiba namanya dikatakan menjadi punca keretakan Nina dan tunangnya, Ahmed Haiqal, dan meminta pihak yang menuduhnya itu mengemukakan bukti kepadanya.

 

“Saya pernah berjumpa dengan tunang Nina itu empat tahun lalu kerana dia adalah kawan kepada kawan saya dan kami tidak pernah bercakap atau berjumpa lagi selepas itu.

 

“Apa yang boleh saya katakan adalah kami berdua tidak mempunyai sebarang hubungan dan saya merayu kepada pihak yang menuduh saya untuk memberikan bukti sama ada dari segi ‘text’ atau gambar. Tidak adil untuk mendakwa tanpa sebarang bukti,” tegasnya.

 

Tambah Uqasha, dia tidak mahu tuduhan melulu serta tidak berasas yang dilemparkan kepadanya itu menjejaskan hubungannya dengan Nina.

 

Saya tidak mahu gosip ini memberikan kesan kepada hubungan saya dan Nina. Walaupun kami tidak rapat namun saya tidak mahu gosip ini membuatkan saya dan Nina bermasam muka.

 

“Tiada apa yang ingin saya sorokkan jadi saya memilih untuk menegakkan kebenaran. Jika boleh saya pun tidak mahu membesarkan isu ini tetapi saya perlu tampil untuk menjelaskan perkara sebenar,” katanya yang juga berharap Nina tidak berfikir yang bukan-bukan terhadap dirinya ekoran  timbulnya gosip tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.