Isu Air: Kerajaan Pusat Tidak Pernah Minta Selangor Serah Tanah

KUALA LUMPUR – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan bahawa kerajaan tidak pernah meminta Selangor untuk menyerahkan tanah di bawah perjanjian utama penstrukturan air.

 

Menterinya, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, pajakan tanah di bawah perjanjian tersebut kepada syarikat pengurusan air kerajaan persekutuan adalah untuk penyelenggaraan, menaik taraf dan pembaikan bagi menguruskan air Selangor selama 45 tahun.

 

“Selepas 45 tahun, tanah tersebut akan kembali kepada kerajaan negeri, seperti dalam beberapa perjanjian penstrukturan air dengan negeri lain. Tidak timbul isu hilangnya kedaulatan Selangor terhadap tanah yang telah dipajakkan itu,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Kedua Persatuan Air Antarabangsa (IWA) Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.