Ibu Kilafairy Tegur Wak Doyok Komen #Merecik

Tindakan selebriti dan ikon fesyen Wak Doyok yang meninggalkan komen berbaur lucah pada salah satu gambar di laman sosial Instagram milik pelakon Kilafairy pada Jumaat lalu bukan saja mencuri perhatian ramai teramsuklah ibu aktres itu sendiri iaitu Rohana Jalil.

 

Menyifatkan ia sebagai komen yang tidak wajar, Rohana berkata, sebagai selebriti mereka perlu menjaga batasan terutamanya di media sosial kerana apa yang dilakukan boleh menimbulkan persepsi buruk masyarakat terhadap mereka.

 

“Dia tak patut bergurau sebegitu walaupun hubungan mereka baik seperti adik-beradik sekalipun. Ini kerana orang luar akan mentafsir dengan persepsi lain.

 

“Sebagai selebriti mereka perlu jaga perkara itu dan tidak boleh membawa hubungan rapat itu melebihi batasannya terutama di zaman madia sosial ini,” ujarnya sepserti yang dilaporkan portal mStar online.

 

Tambah Rohana, sebagai seorang artis era 80-an, dia juga pernah melalui pengalaman yang sama iaitu mempunyai hubungan rapat dengan rakan artis lelaki lain.

 

Bagaimanapun, dia sentiasa berwaspada agar pergaulan tersebut tidak dipandang serong masyarakat.

 

“Saya dulu pun berkawan rapat dengan rakan artis lelaki seperti Jaafar Onn tu, itu pun saya selalu diingatkan oleh emak supaya jangan pergi kemana-mana berdua kerana takut orang pandang serong.

 

“Bagi saya memang perlu jaga batasannya, walaupun lelaki itu lembut sekalipun dia tetap bukan muhrim,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, Rohana berkata, dia dan suaminya sering menasihatkan Kila Fairy supaya tidak berpakaian terlalu seksi.

 

Perkara tersebut juga boleh menjejaskan maruah keluarga mereka di mata rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain.

 

“Ayah dia dah selalu marah supaya jangan pakai seksi ketika keluar, dia tak mahu orang luar atau kawan-kawannya bertanya tentang soal pemakaian Kila.

 

“Namun, itulah, budak sekarang kalau tegur banyak kali nanti buat muka dan merajuk pula,” ujarnya kepada portal tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.