Gas Bocor: Lima Rakyat Malaysia Maut Di China

PETALING JAYA – Lima rakyat Malaysia dipercayai meninggal dunia akibat kebocoran gas daripada sistem pemanas air di pangsapuri mereka tinggal di Nanning, China.

 

Difahamkan seorang lagi wanita warga Malaysia terselamat dalam kejadian tersebut bagaimanapun dia dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

 

Menurut kenyataan daripada Persatuan Penjaja Kecil Johor Baru, menyatakan antara mereka yang terkorban ialah presidennya, Chin Yoke Weng.

 

Setiausaha persatuan berkenaan, Khoo Beng Chin, dipetik sebagai berkata Chin dan beberapa rakannya berada di China untuk meneroka peluang perniagaan di sana.

 

Identiti mangsa lain masih belum dikenal pasti kerana mereka bukan ahli persatuan tersebut.

 

Kesemua rakyat Malaysia yang terlibat merupakan ahli perniagaan yang berasal dari Johor Baru.

 

Kebocoran gas itu dipercayai berlaku ketika mangsa sedang nyenyak tidur. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.