Bekas Calon Ketua Pemuda UMNO Dakwa Mati Menentang Najib Adalah Syahid

Kuala Lumpur – Bekas calon jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Syed Rosli Jamalulail berkata perjuangan menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah merupakan satu jihad.

 

Memetik laporan portal myKMU, Ketua Penerangan UMNO Cawangan itu mereka yang mati ketika melakukan penentangan itu boleh dianggap syahid.

 

“Perjuangan menentang Najib adalah Jihad Fisabilillah dan kalau mati pun syahid. Allahuakbar” komennya melalui status Facebook yang dimuatnaik oleh Ahmad Rais Johari baru-baru ini.

 

Namun tinjauan SuaraTV mendapati status tersebut sudah tidak dapat diakses lagi dan disyaki telah dipadamkan.

 

Syed Rosli sebelum ini pernah menggesa Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan susulan dari siasatan yang dibuat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

Menurutnya ia bagi memastikan siasatan lebih telus dan tiada gangguan terhadap semakan akaun secara bebas yang akan dijalankan ketua audit negara.

 

Disember tahun lepas, beliau dilaporkan telah menulis surat terbuka menuntut agar Najib berundur sebagai Presiden Umno sambil menyifatkan perkhidmatan ahli parlimen Pekan itu tidak lagi diperlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.