Amerika Syarikat Pandang Serius Penahanan Nurul Izzah

KUALA LUMPUR – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) hari ini melahirkan kebimbangan serius terhadap tindakan pihak berkuasa menahan anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah Anwar, semalam.

 

Jurucakap White House, Jen Psaki berkata, penahanan tersebut membuktikan wujud kekangan serius terhadap kebebasan rakyat untuk bersuara.

 

“Kami mengambil berat berkenaan penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah. Siasatan dan tuduhan hasutan dari kerajaan Malaysia terhadap pembangkang menimbulkan kebimbangan terhadap hak dan kebebasan bersuara, kedaulatan undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman negara.

 

“Tindakan mengehadkan kebebasan bersuara hanya akan menghakis tonggak penting dalam sistem demokrasi negara,” katanya menerusi sebuah kenyataan.

 

Nurul Izzah ditahan semalam di Pusat Tahanan Reman Jinjang, Kuala Lumpur bagi membantu siasatan berikutan ucapan mewakili ketua pembangkang ketika sidang Dewan Rakyat pada Selasa lalu.

 

Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menerusi kiriman teks menggunakan sistem aplikasi sosial, WhatsApp petang semalam. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.