Shahidan Kongsi Resepi Kejayaan BN Pimpin Negara

Kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam memimpin negara sehingga hari ini adalah hasil perkongsian kuasa yang diamalkan sejak dahulu, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Beliau berkata negara ini ditadbir oleh individu yang berlainan bangsa, namun sentiasa berada dalam keadaan damai dan harmoni.

“Kalau kita sibuk nak merampas kuasa mustahil kita nak kecapi apa yang kita dapat hari ini dan negara jadi kucar-kacir,” katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan pengundi India dalam Parlimen Arau di Arau, malam tadi.

Shahidan, yang juga Pengerusi BN Perlis. berkata hasil kejayaan BN pada hari ini juga dapat memberi kemudahan kepada semua rakyat tanpa mengira perbezaan kaum.

“Pembangkang yang dilihat pada hari ini adalah pembangkang dengan dakyah-dakyah tidak benar yang bertujuan untuk mempengaruhi rakyat dan sudah pasti rakyat boleh membezakan mana yang benar,” katanya.-Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.