Dibunuh Selepas Potong Barisan

BELURAN – Gara-gara memotong barisan ketika menimbang kelapa sawit, seorang pemandu lori maut dipercayai dibunuh berhampiran Kampung Ulu Sapi, Jalan Sapi-Nangoh di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, mangsa berusia 30-an disyaki ditikam oleh seorang lelaki pada bahagian lelaki lengan, belakang dan dada kanan.

Difahamkan, suspek berusia 20-an yang juga pemandu jentera berat mengangkat kelapa sawit telah bertengkar dengan mangsa sehari sebelum kejadian.

Mangsa dikatakan memotong barisan ketika mereka sedang menimbang hasil kutipan kelapa sawit.

Berang dengan tindakan mangsa, suspek dipercayai menghendap gerak-geri lelaki itu sehingga ke lokasi kejadian sebelum menyerangnya, lapor Kosmo

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan V. Shivananthan mengesahkan mengenai kejadian terbabit.

“Suspek ditahan pukul 4.30 petang semalam bagi membantu siasatan,” jelasnya hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.