7 Kutukan ‘Pulau Syurga Dunia’

ROM – Isola della Gaiola dijuluki pulau kutukan.

Kawasan yang mempunyai reputasi sebagai “syurga dunia” bagi para jutawan kerana ia dikelilingi perairan yang jernih, pemandangan yang luar biasa cantik, laluan yang berliku-liku dan vila-vila megah.

Ia berdekatan dengan pulau utama dan boleh seberang hanya dengan berenang.

Legenda mengatakan bahawa penyair Rom Virgil sangat menyukai pulau itu dan di sinilah dia mengajar murid-muridnya.

Seperti yang dipetik dari laman The Vintage News, penduduk tempatan tidak mahu mempedulikan apatahlagi untuk tinggal di pulau itu.

Semua kerana kutukan tersebut.

Katanya, kutukan melanda Isola La Gaiola pada tahun 1800-an.

Seorang pertapa yang digelar “The Wizard” atau ahli sihir tinggal di sana.

Dia mampu bertahan kerana bantuan para nelayan.

Satu hati, pertapa itu hilang secara misteri.

Penduduk tempatan percaya dia meninggalkan kutukan.

Berikut adalah 7 kutukan yang dikatakan berkait Isola La Gaiola:

1. laknat/ kutukan

Yang pertama kali berlaku pada tahun 1920-an, ketika pemilik pulau itu, Swiss Hans Braun ditemui mati.

Tubuhnya dijumpai dibalut dengan permaidani.

Tidak lama selepas itu, isterinya lemas di laut.

2. Pemilik seterusnya, Otto Grunback, meninggal akibat serangan jantung semasa tinggal di vila.

3. Sementara itu, pemilik lain Maurice-Yves Sandoz kemudian membunuh diri di sebuah hospital mental di Switzerland.

4. Pulau itu pernah dimiliki oleh Gianni Agnelli, pemimpin kilang kereta Fiat – yang kemudian kehilangan sejumlah ahli keluarga.

5. Jutawan Paul Getty juga pernah membeli pulau itu, tak lama kemudian cucunya diculik dan satu telinga mangsa dipotong.

6. Pemilik pulau terakhir, Gianpasquale Grappone, yang memiliki syarikat insurans, dipenjarakan kerana hutang.

7. Bahawa laknat Gaiola kembali diperbincangkan selepas media mengangkat kes pembunuhan Franco Ambrosio dan isterinya, Giovanna Sacco, yang mempunyai vila di pulau seberang.

Pulau ini kini kosong, tiada siapa yang berani untuk tinggal di situ.

Vila itu juga tidak berpenghuni dan perlahan-lahan bangunan yang indah itu rosak ditelan zaman.

Isola La Gaiola kini terbiar dan dimiliki oleh kerajaan Campania Region, yang mendirikan Gaiola Underwater Park dan menetapkan kawasan tesebut sebagai kawasan laut yang dilindungi.

“Isola La Gaioia yang terkutuk namun sungguh cantik,” tulis pengguna Twitter, Yasuhiro Takeuchi, seperti dipetik dari News.com.au.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.