Video: Jamal Bakal Sertai Himpunan RUU355

KUALA LUMPUR – Pengerusi gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos berbesar hati untuk bersama-sama PAS dalam himpunan RUU355 yang bakal dianjurkan  Pas di Padang Merbok, esok.

 

Beliau berkata, undang-undang itu merupakan undang-undang persendirian dan ia adalah demi memperbaiki undang-undang sedia ada sekali gus tiada kaitan dengan dakwaan DAP yang menyamakan undang-undang tersebut dengan hudud.

 

“Bagi saya ia bukan hudud seperti dakwaan DAP. InshaAllah jika tiada aral, kami akan berkumpul di PWTC bersama-sama dalam himpunan ini nanti,”katanya dalam wawancara khasnya bersama SuaraTV, kelmarin.

Ditanya adakah dia dan pengikutnya akan memakai baju merah, Jamal berkata ia tiada kaitan dengan warna yang penting niat dan kebersamaan kumpulan itu untuk menyokong himpunan itu nanti.

 

“Warna baju tidak penting (lagi). Apa yang mustahak, adalah niat dan sokongan terhadap RUU ini kerana ia bukanlah seperti yang digembar-gemburkan oleh DAP seperti hudud dan sebagainya. Ia adalah satu penambahbaikan kepada sistem syariah yang telah ada di dalam negara,”jelasnya.

 

Terdahulu, himpunan RUU355 itu bakal diadakan parti itu di Padang Merbok dengan menyasarkan 200,000 penyokong. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.