Izara Rela Lebam, Tak Puas Babak Aksi

Pelakon Izara Aishah mengakui tidak puas melakonkan babak-babak aksi dalam sebuah filem.

Menurutnya dia kini memegang watak seorang wanita yang bekerja sebagai anggota Unit Tindakan Khas (UTK) filem J Revolusi, petik AstroGempak.

“Filem ini memerlukan saya menjayakan beberapa babak aksi. Dalam sesi latihan dan penggambaran sebenar, saya mengalami cedera ringan seperti lebam-lebam.

 
“Saya suka martial arts jadi saya tak kisah menjayakan babak-babak aksi. Selepas menonton filem tersebut, saya sendiri rasa tak puas. Kalau boleh, saya mahu jayakan lebih banyak babak aksi.

 
“Jika ada tawaran filem lain yang memerlukan saya menjayakan lebih banyak adegan lasak dan babak aksi, saya tentu akan menerimanya dengan hati terbuka,” katanya.

 
Menurutnya, dia teruja melihat hasil filem ini kerana tidak pernah menjayakan karakter yang penuh dengan babak aksi.

Filem J Revolusi ini turut dibintangi Zul Ariffin, Farid Kamil dan Nur Fazura.

 

Ia bakal ditayangkan di pawagam bermula 2 Mac 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.