Hak Aku La Nak Hisap Rokok, Kalau Ada ‘Baby’ Peduli Apa Aku

Satu status di laman Facebook menjadi tular di laman Facebook apabila seorang lelaki memuatnaik status yang disfatkan sebagai memetingkan diri.

 

Dalam Status tersebut, beliau dengan angkuhnya memperjuangkan haknya untuk merokok di mana sahaja tanpa memikirkan orang di sekeliling walaupun bayi.

 

“Hak aku la nak hisap rokok di meja aku makan. Kalau ada baby kecik sebelah meja, aku peduli apa. Aku datang dulu. Bukan salah aku bila tak boleh kontrol ke mana asap tu nak pergi.

 

“Mak bapak bayi tu yang salah bawak anak datang kedai makan yang macam ni. Patut dah boleh expect environmental hazard yang ada,” tulisnya dalam status berkenaan.

 

Lelaki tersebut yang menggunakan nama Muhd Zailee turut mempertikaikan tindakan ibu bapa yang tidak mampu membawa anak-anak mereka makan di kawasan yang berhawa dingin.

 

“Lain kali, kalau takde duit nak masuk kedai besar yang ada aircond yang tak boleh hisap rokok, jangan kawin. Banyak masalah di dunia ni takkan wujud pun kalau orang-orang miskin tak kawin. Parents apa benda nak provide keselesaan dan keselamatan dekat keluarga sendiri pun tak boleh,”ujarnya.

 

“Hidup ini jangan pentingkan diri sangat bro, walaupun bro sampai dulu, apa salahnya tengok sekelilingdulu sebelum hisap, jangan ego sangat, nanti kena penyakit berkaitan rokok baru tau, Allah maha adil, kena pula orang yang cakap besar,” ujar Yasrul Yunus.

 

“Tak marah cuma kesal dengan perangai macam ini, setahu aku dekat restoran mana-mana ada tampal gambar jangan merokok, tak tahulah kau tahu baca ke ape, moga dapat hidayat tahu membaca, faham dan hadam,” kata ANis HaNim AzeMI.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.