Tiket Bola Gambar MB, Netizen Kecam Penyokong Tun M

Kuala Lumpur – Kerana cuba mempolitikkan tiket bola sepak percuma yang diberikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah kepada rakyat negeri itu, seorang pengguna Facebook telah dikecam hebat oleh netizen.

 

Tindakan Ikhmal Muhammad memuatnaik sekeping tiket bola sepak yang telah diedit dengan gambar Ahmad Bashah disifatkan sebagai keterlaluan.

 

Salah seorang pengguna Facebook, Yuseri Yusof mendakwa tindakan Ikhmal yang juga merupakan penyokong Tun Mahathir itu sebagai ‘telah dirasuk syaitan’.

 

“Apasal tiket bola percuma yang orang lain dapat tiada muka MB Kedah, Ahmad Bashah. Kenapa hanya kau seorang saja yang dapat tiket ada muka MB Kedah.

 

“Syaitan apa yang merasuk kau ni sampai tiket bola pun kau dengan KCD kutip fitnah?” katanya melalui status yang dimuatnaik semalam.

 

Tinajauan SuaraTV mendapati, rata-rata pengguna Faceebok turut bersetuju dengan kenyataan Yuseri itu sambil mendakwa Ikhmal telah dibayar oleh pihak-pihak tertentu untuk melakukan perbuatan tersebut.

 

“Kena la buat fitnah kalau tidak mana KCD dan Ikhmal Mohamad nak cari makan untuk anak dan isteri.

 

“Bukan setakat hati yang busuk, bak kata Tun M usu pun busuk. Huhu” komen Abdul Rashid Mohd Zamri pula.

 

Sementara itu Mohd Ikhwan Hakeem mendakwa tindakan tersebut hanya bertujuan untuk mewujudkan persepi negatif masyarakat terhadap MB Kedah.

 

“Bro ..depa edit photoshop je dan letak muka basha ….biasa la tak ada idea dah nak hentam bashah…”tulisnya pula. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.