Tak hirau Zika

Rio de Janeiro: Bintang tenis Sepanyol Rafael Nadal (gambar) dan David Ferrer tegas mengatakan mereka tidak bimbang dengan ancaman virus Zika dan tidak sabar turun beraksi di kejohanan terbuka ATP Rio minggu ini.

 

“Saya tidak takut,” kata Nadal, 29, pada sidang akhbar. “Saya tetap keluar malam dan tahu ada risikonya tapi seronok dapat kembali bermain di sini.

 

“Jika sakit, ia mungkin disebabkan saya tidak bernasib baik,” kata pemenang 14 gelaran Grand Slam itu.

 

“Saya dapat lihat warga Rio menjalani kehidupan seperti biasa. Justeru, ia tidak seburuk yang digembar-gemburkan.

 

“Orang ramai tetap ke pantai, berjalan-jalan dan makan malam di restoran,” kata pemain nombor lima dunia itu.

 

Ferrer yang menduduki tangga keenam dunia, berkata dia mendapat keyakinan baru selepas melihat usaha Brazil menghapuskan nyamuk yang membawa virus berkenaan.

 

“Kami diberitahu semua perkara berkaitan nyamuk itu sudah dijalankan dan mungkin masalah itu sudah tidak ada lagi.

 

“Apapun, kami tetap mengenakan seluar panjang ketika malam tapi saya tidak begitu mempedulikan perkara ini.”

 

Brazil dianggap sebagai antara negara yang terjejas teruk disebabkan virus Zika dengan 1.5 juta rakyat negara itu dijangkiti penyakit bawaan nyamuk itu sejak 2015. -HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.