Sultan Selangor Pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-240 di Istana Negara, di sini.

 

Mesyuarat sehari itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Pahang yang diwakili Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

 

Dalam mesyuarat yang bermula 11.30 pagi itu, semua Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing.

 

Kesemua Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hadir ke mesyuarat berkenaan dengan diiringi ketua menteri masing-masing. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.