PM Kagum Jaringan Gol Cantik Faiz Subri

Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuji pemain bola sepak Pulau Pinang Mohd Faiz Subri yang melakukan sepakan percuma yang sungguh cantik dalam perlawanan bola sepak Liga Super 2016 di Stadium Bandaraya semalam.

 

“Hebat gol freekick Faiz Subri, khabar mengenainya sampai ke Amerika. Saya ada lihat klip freekick itu, memang cantik,” tulis Perdana Menteri dalam catatan terbaru di akaun Twitternya hari ini.

 

 

Najib turut memuat naik klip video aksi Faiz yang melakukan sepakan percuma pada minit ke-62 dengan bola terus melencong dari kiri ke kanan sebelum masuk ke gawang Pahang.

 

Gol cantik hasil sepakan percuma itu telah mencuri tumpuan dunia termasuk beberapa portal antarabangsa.

 

Menurut portal berita British Independent (www.independent.co.uk), kemungkinan gol itu akan memenangi Anugerah FIFA Puskas 2016 sebagai ‘Goal of the Year’.

 

Pada perlawanan semalam Pulau Pinang menundukkan Pahang 4-1.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.