Pelakon Sharifah Sakinah Dikecam, Jelir Lidah Ketika Di Tanah Haram

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Sharifah Sakinah dikecam kerana bertindak menjelirkan lidah ketika berada di Tanah Haram di Mekah, Arab Saudi semasa menunaikan umrah bersama suami.

 

Laporan yang dibuat oleh portal hiburan, Rotikaya menyatakan, Sharifah Sakinah telah memuat naik gambarnya berbuat demikian di laman sosial Instagram dan mengundang reaksi sesetengah pihak yang berpendapat ia kurang sopan.

 

Ruang komen Instagram milik Sharifah Sakinah dibanjiri komen yang mengkritik tindakan pelakon itu. Malah tidak kurang juga ada yang bertindak mengira dosa dan pahala Sharifah Sakinah.

 

Selain itu, terdapat segelintir pihak yang menceritakan pengalaman mereka sewaktu menunaikan ibadah umrah.

 

“Apa pun, segala niat hanya empunya badan saja yang tahu. Doakan yang baik-baik saja sudahlah,” jelas Rotikaya. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.