KJ Sokong Syor Ahli Parlimen Belia, Kaji Semula Kesalahan Hisap Ganja?

Kuala Lumpur -Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin dikatakan menyokong syor seorang wakil Ahli Parlimen Belia yang mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula kesalahan menghisap marijuana atau ganja di negara ini.

 

Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli ketika membahaskan usul mengenai meningkatkan undang-undang dadah pada sidang Parlimen Belia hari ini berkata, golongan muda tidak menganggap ganja sebagai dadah.

 

“Ganja bukan dadah… Saya hanya luahkan pendapat belia yang saya temui di peringkat akar umbi,” katanya yang mewakili Selangor itu.

 

Kenyataan Ridhwan yang dilaporkan oleh portal The Star itu kemudiannya ditweet oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

 

Rata-rata penguna media sosial menyifatkan tindakan KJ itu sebagai tanda menyokong syor yang dikemukakan itu.

 

Ridhwan turut berkata beliau tidak menyokong amalan menghisap ganja namun menegaskan isu ketagihan ganja di negara ini hanya menyumbang lapan peratus daripada semua jenis ketagihan berbanding 60 peratus daripada morfin dan 30 peratus daripada heroin.

 

“Mereka kata bahawa ganja adalah sah di Amerika Syarikat dan Australia, yang merupakan sebahagian negara yang menganggotai TPPA.

 

“Jika demikian, kita harus menyusul dan setanding dengan mereka supaya tidak bertentangan dengan TPPA,” katanya lagi. – SuaraTV

 

KJ ganja 1

 

8 thoughts on “KJ Sokong Syor Ahli Parlimen Belia, Kaji Semula Kesalahan Hisap Ganja?

  • February 18, 2016 at 7:56 pm
    Permalink

    IF THIS HAPPENS, it not only will help the citizens in Malaysia BUT ALSO the ECONOMY of Malaysia! I salute this guy!!!

    SUPPORT LEGALISATION OF GANJA!!!

    Reply
  • February 18, 2016 at 7:56 pm
    Permalink

    IF THIS HAPPENS, it not only will help the citizens in Malaysia BUT ALSO the ECONOMY of Malaysia! I salute this guy!!!

    SUPPORT LEGALISATION OF GANJA!!!

    Reply
  • February 18, 2016 at 7:56 pm
    Permalink

    IF THIS HAPPENS, it not only will help the citizens in Malaysia BUT ALSO the ECONOMY of Malaysia! I salute this guy!!!

    SUPPORT LEGALIZATION OF GANJA!!!

    Reply
  • February 19, 2016 at 5:39 am
    Permalink

    Tu la pelik sgt… Ganja boleh membantu ekonomi, perubatan dan yg paling logiknya.. Kerana pokok manusiia dibunuh??.. Dalam kes tangkapan polis, selepas dibawa ke makmal, dadah jenis sintetik dikurgkan hukuman setelah ditolak kimia.. Ganja pula tiada kimia, hukuman akan jadi lebih berat.. Mohon dikaji

    Reply
    • February 19, 2016 at 4:30 pm
      Permalink

      betul2.. takder tapis2 kimia die.. padahal dadah sintetik lagi zalim ganas efectnya.. kawan2 aku banyak yang dah jadi samdol bila ambik dadah sintetik.. berubah terus perangai nyer.. Perubahan yang ketara..

      Reply
  • February 20, 2016 at 12:47 am
    Permalink

    Ganja ade lah mahluk.mne ade mahluk bleh mencipta mahluk,kenape mahluk Allah cipta di kene Kan hakta smpi mati.mintak Pihak kerajaan mengkaji semula.klu nk di haram Kan,pasti kan tiada ganja bleh ade dkt Malaysia.ini semua dunia.

    Reply
  • February 24, 2016 at 3:25 am
    Permalink

    Bg aku dadah tu chemical iaitu bahan buatan atau terbitan dr proses makmal dr sumber alam smula jd. Rokok yg kita isap pon sudah d campor chemical utk mdapatkan rasa2 tertentu. Igt k’jaan nk ubah ke undang2….. Klu rosmah pn kaki ganja jgk, br ada can utk dpt hapus undang2 ni. Klu nk harap kaki ganja je yg mntak, mmg x dpt la. Yg kompom… Korg yg kna jail

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.