Video : Azmin Ali Lantik Kroni?

KUALA LUMPUR: Setiausaha PKR cabang Kelana Jaya Murali Subramaniam mendakwa Datuk Seri Azmin Ali melantik ‘Kroninya sahaja untuk menduduki jawatan di bahagian cabang.

 

“Adakah YB Azmin Ali melantik kroni-kroni di cabang-cabang?

 

“Ini merupakan satu aduan kami terhadap Azmin Ali dan kami telah hilang kepercyaan terhadap Azmin Ali.” katanya ketika sidang media di dewan Cina Kuala Lumpur -Selangor disini petang tadi.

 

Dakwanya lagi senarai nama yang diberikan untuk mengisi kekosongan di bahagian cabang-cabang tidak diterima malahan dia mendakwa beberapa pihak meletakkan nama mereka sendiri dan meminta untuk diluluskan.

 

“Mereka tak ambil senarai nama yang diberikan oleh cabang-cabang tetapi meletakkan nama sendiri dan mahu kami meluluskan nama tersebut.”

 

Beliau turut berkata bahawa Azmin Ali adalah individu yang tidak mengotakan janjinya.

 

“Kami tidak berpuas hati apa yang telah dibuat oleh Azmin Ali kerana cakap tak serupa bikin. Kami letakkan calon yang berkelulusan Master tetapi mahukan calon yang berkelulusan SPM.

 

“Sekiranya calon yang tidak disukai oleh YB Azmin Ali, maka beliau akan beri pelbagai alasan.”Ujarnya.

 

Tambah beliau lagi, tindakan ini seperti tidak menghormati Perlembagaan pasti dan ini akan menimbulkan rasa tidak percaya masyarakat.

 

“Sebab dia tak hormat pun perlembagaan parti, semua dia tak ikut dan ikut sesuka hati dia dan ini membuatkan Rakyat sedikit sebanyak rasa kurang kepercayaan kepada PKR.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.