Video: Kerana Menjeling, Remaja Cedera Parah Ditetak

Georgetown – Seorang remaja cedera parah selepas dipukul dan ditetak oleh sekumpulan lelaki ketika sedang berjalan keluar dari pawagam di sebuah kompleks beli-belah di Jalan Bukit Jambul awal pagi semalam.

 

Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi itu, mangsa V Inthiren, 18 bersama rakannya dikatakan sedang berjalan keluar dari pawagam tersebut selepas menonton tayangan lewat malam sebelum dikejar sekumpulan lelaki terbabit.

 

 

Menurut saksi sembilan lelaki yang bersenjatakan parang dan topi keledar bertindak mengejar mangsa yang berasal dari Paya Terubong sebelum bertindak memukulnya.

 

Selain dipukul dengan topi keledar, mangsa turut ditetak dengan parang sehingga menyebabkan beliau cedera parah.

 

Mangsa yang parah di pergelangan tangan kiri dengan luka sepanjang lapan sentimeter (cm) dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan.

 

Orang ramai yang terkejut dengan kejadian tersebut, segera melarikan diri bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diinggini.

 

Difahamkan, kejadian di tingkat lima itu berpunca dari rasa tidak puas hati kumpulan lelaki berkenaan terhadap mangsa yang dikatakan memandang dan menjeling mereka dengan pandangan yang kurang menyenangkan.

 

Bagaimanapun, difahamkan mangsa tidak mempunyai sebarang masalah peribadi atau hutang dengan kumpulan terbabit atau pihak lain.

 

Pemangku Ketua Polis Daerah George Town, Supt Abdul Rahman Ahmad ketika dihubungi berkata, kes tersebut
disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

 

“Saksi kejadian diminta tampil untuk memberi maklumat kepada polis bagi memudahkan siasatan,” katanya.

 

Sehingga kini pihak polis telah berjaya menhana dua orang suspek bagi membantu sisatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.