Samseng Junior: Pelajar Sekolah Rendah Diheret Dan Dibotakkan Kepala

Kuala Lumpur – Seorang murid lelaki berusia 10 tahun dari sebuah sekolah rendah di daerah Pasir Mas, Kelantan dipercayai menjadi mangsa buli dua orang rakan sekelasnya, sebulan lalu menjadi viral dilaman sosial, Facebook, hari ini.

 

Foto mangsa, Arif Ahmad Jani, dikongsi di laman sosial Facebok Friends of BN – Barisan Nasional yang meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar menyiasat kejadian tersebut.

 

Menurut kenyataan tersebut, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan menuju ke perpustakaan sekolah dihalang dua ‘samseng junior’ yang dipercayai rakan sekelasnya sebelum diheret ke dalam kelas.

 

Murid malang itu dikatakan telah dipaksa duduk dan tangannya dipegang dari arah belakang oleh pembuli tersebut sebelum seorang lagi pembuli bertindak mengunting rambutnya sehingga botak.

 

Mangsa turut dikatakan mengalami luka di bahagian kepala dipercayai akibat tindakan pembuli yang memotong rambutnya.

 

Akibatnya, dia menanggis meminta tolong, tetapi tidak didengari sesiapa.

 

Foto pelajar tersebut mula menjadi viral dan menerima reaksi pelbagai daripada pengguna laman sosial yang menyifatkan kejadian tersebut tidak seharusnya berlaku.

 

Sebelum ini, beberapa video melibatkan pelajar sekolah dibuli oleh sekumpulan pelajar lain turut menjadi bualan hangat di laman sosial sehingga mencetus kegusaran dan kemarahan kepada orang ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.