Rooney Diselar Kerana Sengaja Jatuhkan Diri

KETUA pasukan Manchester United, Wayne Rooney didakwa telah menipu untuk mendapatkan penalti dalam saingan Piala FA menentang Preston pada awal pagi Selasa.

 

Pengulas sukan, Stan Collymore berkata, penipuan Rooney itu jelas apabila dia hanya terjatuh selepas jauh melepasi penjaga gol lawan Thorsten Stuckmann.

 

Dengan penalti yang disudahkan Rooney, pemain tengah terbabit berjaya menyumbang satu gol ketika membantu United menewaskan Preston 3-1 dalam perlawanan berkenaan.

 

“Rooney tidak sepatutnya sengaja menjatuhkan diri kerana dia merupakan ketua pasukan untuk United dan England.

 

“Dia sengaja melagakan kakinya selepas melepasi penjaga gol. Penipuan seperti ini telah berjuta kali dilakukan oleh pemain bola sepak,” jelasnya. – MStar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.