PSG Kesan Helah Kotor Jose Mourinho

PENGENDALI Paris Saint-Germain (PSG), Laurent Blanc menasihatkan anak didiknya supaya tidak terikut dengan helah kotor Jose mourinho menjelang perlawanan menentang Chelsea dalam pusingan kalah mati Liga Juara-juara Eropah.

 

Hal ini kerana, Blanc tidak mahu kelab yang berbelanja besar dalam mendapatkan pemain itu sekali lagi ditunjuk jalan keluar oleh Chelsea dalam saingan tersebut.

 

Blanc memberitahu anak didiknya bahawa Mourinho kini telah memulakan serangan psikologi dengan mensasarkan pemain tengah iaitu Marco Veratti.

 

Veratti menjadi sasaran awal Mourinho kerana pemain itu mempunyai sikap panas baran yang boleh merosakkan taktikal PSG.

 

Serangan yang berjaya dihidu oleh Blanc itu bagaimanapun bakal dijadikan senjata untuk memastikan Chelsea terkandas di pusingan kalah mati. – MStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.