Penjawat Awam Ditangkap Membeli Belah Waktu Bekerja

Shah Alam – Beberapa penjawat awam ditangkap sedang minum pagi dan membeli belah di waktu berkerja di bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (SSAAS) Jumaat lalu.

Menurut satu posting di laman sosial Setiausaha Kerajaan Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi, lawatan mengejut itu dilakukan bersama Unit Integriti SUK di bangunan SSAAS.
Tinjauan mengejut itu mendapati masih ramai kakitangan awam melakukan kesalahan itu di waktu berkerja.
“Unit Intergriti SUK Selangor akan memantau aktiviti ini dan tindakan tatatertib boleh diambil,” jelas kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook beliau.
Berdasarkan gambar yang dimuat naik, pemantauan mengejut itu berjaya ‘menangkap’ 4 orang pegawai audit 5S yang sedang bersarapan pagi di Kafe Dewan Jubli Perak.
Beberapa penjawat awam yang lain juga turut dilihat membeli belah di gerai-gerai kecil di bangunan terbabit.
“Diharapkan semua penjawat awam dapat mengubah budaya ini demi nama baik perkhidmatan awam,” jelas kenyataan itu lagi. – AntaraPos

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.