Pakistan Bunuh Komander Al-Qaeda

ISLAMABAD – Pakistan berjaya membunuh seorang komander al-Qaeda yang bertanggungjawab melancarkan serangan bom di sebuah masjid Syiah di selatan negara itu, menurut pegawai semalam.

 

Serangan yang berlaku di daerah Shikarpur pada 30 Januari lalu itu, membunuh sekurang-kurangnya 61 orang.

 

Ketua Polis Bandar Quetta, Abdur Razzaq Cheema berkata, tentera kerajaan telah membunuh Usman Saifullah Kurd dan salah seorang pembantunya di pinggir bandar berkenaan.

 

Kematian Saifullah Kurd disahkan Setiausaha Kerajaan Wilayah Balochistan,

 

“Kami telah memburu Usman Saifullah Kurd sejak sekian lama. Kami akhirnya berjaya mengesan kedudukannya semalam.

 

“Dia terbunuh dalam insiden berbalas tembakan,” kata Akbar Hussain Durrani.

 

Dalam operasi tersebut, dua askar Pakistan turut cedera.

 

Saifullah Kurd merupakan komander utama kumpulan militan, Lashkar-e-Jhangvi yang dikaitkan dengan al-Qaeda.

 

Dia menjadi buruan selepas melarikan diri dari penjara pada 2007 dan dikaitkan dengan sekurang-kurangnya 34 kes berkaitan aktiviti keganasan. – Press TV / Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.