Kebakaran : Wanita Maut Terperangkpa Dalam Rumah Kedai

Ipoh – Seorang pekerja wanita maut selepas terperangkap dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai tiga tingkat berhampiran sebuah pasar raya di Greentown, di Ipoh, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira 4 pagi itu, Norhashimah Mohd Ismail, 48, yang sedang tidur bersama anaknya, Siti Nur Ayu Jamal, 17 di tingkat satu bangunan itu, maut akibat sesak nafas.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh P. Samasuvam berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai mengenai kejadian berkenaan pada 4.45 pagi.

Katanya, Siti Nur Ayu hanya mengalami cedera ringan selepas berjaya menyelamatkan diri.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat, katanya ketika dihubungi di Ipoh. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.