Jangan Terlibat Kempen Benci-membenci – KPN

KUALA LUMPUR- Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengingatkan orang ramai agar tidak terbabit dengan penganjuran kempen benci-membenci antara kaum dan agama di negara ini.

Katanya, polis sedang memantau kegiatan pihak tertentu yang menganjurkan ‘Hate Campaign’ menerusi internet dan menyifatkan kempen itu sebagai ancaman kepada keharmonian dan keselamatan negara.

“Saya menegaskan di sini agar semua pihak menghentikan apa juga kempen-kempen sebegini,” katanya selepas majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Pengurusan dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di Mess Pegawai Kanan, Bukit Aman di sini, hari ini.

Khalid berkata demikian sebagai mengulas laporan mengenai tindakan pihak tertentu yang mempersoal isi kandungan khutbah Jumaat mengenai sambutan Hari Valentine di beberapa buah masjid di negara ini.

“Saya nasihatkan mereka supaya segera hentikan perbuatan ini (mengkritik khutbah Jumaat) kerana ia akan lebih menyemarakkan kemarahan antara kaum dan agama,” katanya.

Beliau berkata, polis telah mengenal pasti suspek yang terlibat mempersoalkan khutbah Jumaat itu dan akan menjalankan siasatan mengenainya.- BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.