Kronologi keberanian anggota RAMD selamatkan orang awam lemas

- Advertisement -

CYBERJAYA – Keberanian seorang anggota Batalion Kedua Rejimental Askar Melayu Diraja (2 RAMD), Koperal Mazlan bin Abdul Rahman telah membantu menyelamatkan orang awam yang hampir lemas selepas terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang pada 15 Januari 2024 lalu.

Semasa kejadian berlaku, Koperal Mazlan sedang bergerak dari 2 RAMD, Kem Sungai Ara menuju ke arah Jambatan Pulau Pinang.

Berikut adalah kronologi kejadian tersebut;-

1. Pada 15 1830H Jan 24, 1167208 Kpl Mazlan bin Abdul Rahman telah bergerak dari 2 RAMD, Kem Sungai Ara menuju ke arah Jambatan Pertama Pulau Pinang.

2. Pada 15 1930H Jan 24, sewaktu tiba di KM 2.8 Jambatan Pertama Pulau Pinang dari arah kawasan pulau menghala ke Perai, 1167208 Kpl Mazlan bin Abdul Rahman telah berhenti di tepi jambatan kerana ternampak orang ramai berkumpul di tepi jambatan.

3. 1167208 Kpl Mazlan bin Abdul Rahman telah melihat ke arah bawah jambatan dan melihat serta mendengar jeritan orang awam meminta tolong. 1167208 Kpl Mazlan bin Abdul Rahman menyedari 2 orang awam iaitu seorang perempuan bernama Arison binti Alias terkapai-kapai dan meminta tolong sementara seorang lelaki Tayalan a/l Muthirulandi Servai terapung di atas permukaan laut kerana tidak sedarkan diri.

4. Seterusnya 1167208 Kpl Mazlan bin Abdul Rahman telah terjun ke dalam laut dan berenang ke arah lelaki awam tersebut dan membawanya ke tiang jambatan. Seterusnya selepas berjaya membawa lelaki awam ke tiang jambatan, 1167208 Kpl Mazlan bin Abdul Rahman telah berenang semula ke perempuan awam tersebut dan membawanya ke tiang jambatan yang sama.

5. Ketika 1167208 Kpl Mazlan bin Abdul Rahman bersama lelaki awam dan perempuan awam tersebut berada di tiang jambatan, tiba-tiba perempuan tersebut telah hanyut dari tiang jambatan tersebut dan menuju ke arah bot awam yang berada berdekatan mereka.

6. Seterusnya, 1167208 Kpl Mazlan bin Abdul Rahman telah berenang sambil menarik lelaki awam tersebut menuju ke arah bot awam tersebut.

7. Apabila perempuan tersebut telah hanyut dan berada berhampiran bot awam tersebut, perempuan tersebut kemudiannya telah ditarik naik ke atas bot oleh orang awam lain yang ketika itu berada di atas bot.

8. Kemudian, 1167208 Kpl Mazlan bin Abdul Rahman telah sampai di bot dan membawa naik lelaki awam tersebut sambil di bantu orang awam yang berada di atas bot tersebut.

9. Di atas bot, 1167208 Kpl Mazlan bin Abdul Rahman telah melaksanakan bantuan pernafasan ke atas lelaki awam tersebut. Seterusnya, bot tersebut bergerak ke arah jeti.

10. Setibanya di jeti, 1167208 Kpl Mazlan bin Abdul Rahman bersama lelaki awam dan perempuan awam tersebut dibawa ke Hospital Pulau Pinang menaiki ambulans.

11. Ketiga-tiga menerima rawatan di Zon Kuning, Hospital Pulau Pinang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat