Nak Projek Pembangunan, Sokong Calon PH, Kata Lim Guan Eng

CAMERON HIGHLANDS — Cameron Highlands bakal menerima lebih banyak projek pembangunan jika Pakatan Harapan (PH) menang kerusi parlimen itu, kata setiausaha agung DAP.

“Kita harap pengundi buat pilihan tepat, pilih calon kami yang sudah pasti boleh bekerjasama dengan baik dengan Kerajaan Pusat bagi memastikan kebajikan semua kaum yang menetap di sini terjamin,” kata Lim Guan Eng.

Beliau berkata semua pembangunan terutama di kawasan tanah tinggi tidak akan berjalan seperti yang dirancang jika calon Barisan Nasional (BN) menang, lapor Harian Metro.

“Sejak mereka (BN) menang di sini pada 9 Mei lalu, bukan ada (perubahan) yang berlaku, semuanya masih sama macam sebelumnya,” kata menteri kewangan.

“Tapi kalau kami menang kali ini, sudah pasti banyak benda yang kita boleh buat dengan menyediakan pelbagai nilai tambah untuk pengundi di sini.”

Beliau yakin peluang untuk menang pilihan raya kecil 26 Januari ini tetap ada walau “agak sukar” berikutan persaingan kerusi tersebut dijangka sengit. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.