Video: Viral! Singa Dan Harimau Mengamuk Di Sebuah Sarkas Hingga Menerkam Kuda

seekor Video singa dan harimau mengamuk di sebuah sarkas menjadi viral di media sosial.  Dalam video tersebut, kelihatan seekor singa dan harimau menyerang seekor kuda berwarna putih di sebuah sarkas.

Video itu diambil dari sebuah tempat latihan sarkas di sebuah kawasan di China.

Dalam video tersebut, kelihatan singa itu menggigit kaki kuda dan tidak mahu melepaskannya. Sementara seekor harimau yang ada di situ turut mengigit punggung kuda itu.

Kuda putih itu kelihatan tidak lagi mempunyai tenaga untuk melawan.

Para pelatih singa dan harimau cuba menyelamatkan kuda itu dengan terus menyebat dan memukul singa serta harimau dengan sebuah tongkat.

Namun, usaha tersebut tidak langsung membuahkan hasil kerana hanya harimau yang melepaskannya.

Kuda  cuba melarikan diri dari cengkeraman singa itu dengan mengelilingi arena persembahan namun gagal. Pada masa sama, empat 4 pelatih sarkas terus memukul singa berulang-ulang sehingga akhirnya ia melepaskan kuda.

Dalam pada itu, seorang kakitangan dari Taiyang Circus, Xu mendedahkan pada btime.com bahawa kejadian itu berlaku ketika mereka sedang melakukan latihan.

Mereka melatih singa dan harimau untuk menunggang kuda secara serentak menggunakan pelana.

Xu menjelaskan kejadian tersebut normal.

“Singa dan harimau adalah binatang liar, mereka berbeza dengan kuda, anda dapat melihat dari dokumentari, singa dan harimau dapat makan lembu, itu sangat normal,” katanya.

Netizen bagaimanapun tetap marah dan meminta kerajaan menyiasat kejadian itu kerana ia merupakan satu siksaan pada haiwan.

Lihat Video Di bawah:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.