Video: -67 Darjah Celcius, Bulu Mata Pun Beku

MOSCOW – Suhu di rantau Yakutia di Rusia, berada pada -67 darjah Celcius (minus 88.6 darjah Fahrenheit) di beberapa kawasan sejak hari Selasa lalu.

Di wilayah itu penduduknya seramai 1 juta orang dimana penempatannya kira-kira 3,300 batu (5,300 kilometer) di timur Moscow.

Sekolah juga ditutup berikutan cuaca sejuk ekstrem.

Polis turut mengarahkan ibu bapa untuk menjaga anak-anak mereka dan perlu berada di dalam rumah masing- masing.

Menurut Time, kampung Oymyakon, adalah salah satu tempat yang paling sejuk di dunia.

Termometer besar turut menunjukkan merkuri jatuh ke bawah dimana hanya dapat mengukur ke bawah hingga minus 50 darjah sahaja.

Menurut laporan itu lagi, pada tahun 2013, Oymyakon mencatatkan kadar terendah sepanjang 71 darjah Celsius (minus 98 Fahrenheit).

Sementara itu, pada hujung minggu lalu, dua lelaki turut diberitakan membeku sehingga mati apabila mereka cuba berjalan ke ladang berdekatan setelah kereta mereka rosak dilitupi ais beku.

Tiga lelaki lain yang turut bersama mereka bagaimanapun selamat kerana mereka memakai jaket panas, lapor penyiasat.

Pejabat gabenor Yakutia hari ini membuat kenyataan bahawa semua isi rumah dan perniagaan di rantau ini telah disediakan akses kemudahan bagi mengatasi masalah kesejukan.

Penduduk Yakutia tidak asing dengan cuaca sejuk dan musim sejuk ini.

Kelmarin, tular di media sosial beberapa gambar bulu mata pelajar wanita yang menjadi beku yang dikongsikan di media sosial sehingga menarik perhatian umum mengenai sejuk ekstrem yang melanda kawasan itu.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.