Tahun 2028, Pakar Dakwa Orang Mati Boleh Hidup Semula

MICHIGAN, Amerika Syarikat – Seorang pakar di sini mendakwa mayat manusia yang dibekukan menerusi kaedah kriogenik boleh dihidupkan semula dalam tempoh 10 tahun.

Menurut Agensi, petik Kosmo, Dennis Kowalski, 49, yang juga Presiden Institut Cryonics berkata, usaha-usaha untuk menghidupkan semua mayat manusia sedang giat diusahakan oleh sebilangan saintis.

Pada masa ini, sebanyak 350 mayat individu di serata dunia telah dibekukan di dalam silinder penyimpanan bersuhu rendah selepas mati dengan harapan mereka boleh dihidupkan semula pada masa akan datang.

Kowalski menyatakan usaha menghidupkan semula mayat bergantung kepada kemajuan dalam bidang perubatan moden akan datang.

“Ia bergantung kepada sejauh mana pembangunan teknologi seperti sel induk,” katanya yang menyatakan Institut Cryonics sudah mempunyai hampir 2,000 pelanggan dan 160 mayat dibekukan dalam nitrogen cecair.

Harga pembekuan mayat di Institut Cryonics serendah AS$35,000 (RM138,500). 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.