Shah Rukh Khan, Kajol Dan Rani Bakal Bergabung Dalam Filem

Pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan, Kajol, dan Rani Mukerji bakal kembali disatukan dalam filem terbaru.

Difahamkan, ketiganya bakal beraksi dalam Zero, filem yang diarahkan oleh Aanand L Rai.

Menurut Rani, dengan penyatuan mereka bertiga, Zero bagaikan filem Kuch Kuch Hota Hai bahagian kedua.

Sementara itu, menurut Kajol, beraksi bersama Shah Rukh Khan merupakan pengalaman yang amat menyenangkan.

“Kami benar-benar shooting hanya setengah jam, tetapi hebat. Selalu menyenangkan bekerja dengannya. Dia orang yang sangat menakjubkan untuk diajak kerja, kerana dia selalu 300 peratus terlibat dalam segala apa yang dia lakukan,” tutur Kajol, memetik laporan laman negara itu, Deccanchronicle.com.

Kajol juga turut memperakui chemistry antara dirinya dengan Shah Rukh Khan selalu terjalin baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.