Seribu Remaja Didakwa Di Mahkamah Kerana Sebar Video Seks Melalui Facebook

Polis Denmark telah mendakwa 1,004 remaja di mahkamah kerana menyebarkan bahan seksual dengan menggunakan aplikasi mesej Facebook.

Mereka dituduh menyebar klip video yang memperlihatkan dua remaja berusia 15 tahun melakukan hubungan seks.

Menurut polis, penyebaran video tersebut tergolong dalam kes pornografi kanak-kanak walaupun di Denmark usia 15 tahun sudah tergolong sebagai orang yang sah melakukan hubungan seksual atas dasar suka sama suka.

“Dalam video yang mereka sebar, dua orang berusia 15 tahun melakukan hubungan seks, yang sepenuhnya sah, jika anda berada di atas usia minimum seksual, namun merupakan pengedaran pornografi kanak-kanak kerana mereka menyebar video itu dan remaja di dalam video di bawah 18 tahun,” jelas Ketua Pusat Jenayah Jenayah Polis Denmark, Claus Birkelyng.

Menurut polis, sebahagian besar remaja yang didakwa itu  berkongsi video tersebut beberapa kali, dan  tersebarnya sampai beratus-ratus kali.

Defendan yang berusia di atas 18 tahun dipanggil ke pejabat polis dan yang lebih muda dihubungi melalui ibu bapanya.

Seorang lagi pegawai polis Denmark, Flemming Kjaerside, menjelaskan bahawa video itu tersebar dan viral dengan cepat

“Ini mungkin merupakan kes terbesar yang pernah kita hadapi, saya tidak tahu sama ada negara-negara lain pernah berlaku sebelum ini,” tambah Kjaerside.

Jika didapati bersalah menyebarkan video pornografi kanak-kanak, mereka akan menghadapi hukuman bersyarat 20 hari penjara walaupun mereka didaftarkan selama 10 tahun sebagai disabitkan dalam kes-kes pornografik kanak-kanak.

Maklumat mengenai penyebaran video seks ini datang dari Facebook yang dihantar melalui Interpol ke Polis Denmark.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.