Sambil Memeluk Bayinya, Seorang Ibu Nekad Melompat Dari Tingkat 8 Apartmen Yang Terbakar

RUSIA – Kasih ibu sepanjang hayat dibuktikan oleh seorang ibu di bandar St. Petersburg, Rusia.

Dia rela mengalami patah kaki agar anaknya selamat ketika terjun dari tingkat 8 apartmen yang terbakar.

Nasib baik mereka terselamat walaupun terjun dari ketinggian 24,38 meter dan segera dilarikan ke hospital.

Sementara anaknya yang berusia 3 tahun hanya sedikit tercalar dan berasa terkejut

Ketika terjun si ibu memeluk anaknya dan menahan kaki mereka ketika terkena tanah.

Dipetik dari laman web MailOnline, seorang ibu terjun dari pangsapuri kerana tidak boleh keluar dari flatnya selepas terbakar.

Ketika api marak, seorang lelaki menjerit kepada orang-orang di atas flat agar memecah pintu.

Kemudian ibu dan anak terjun dan mendarat di halaman pangsapuri dengan penutup salji yang cukup tebal.

Menurut seorang lelaki,  dia melihat wanita itu terjun dan anaknya terbaring di atas tubuh wanita itu.

“Kami mengangkat anaknya dan membawa masuk ke flat di tingkat bawah dan Ibunya masih bernafas,” katanya.

Ia menambahkan, dia melihat wanita itu berdiri di tepi flatnya sebelum melompat dan memegang anaknya.

Ia juga mendengar seorang lelaki meminta supaya pintunya dipecahkan.

Sementara seorang saksi wanita bercerita bahawa mereka membawa masuk kanak-kanak itu ke dalam apartmen dan menelefon ambulan.

“Budak lelaki itu bernafas dan sedar. Dia kelihatan normal dan saya memberinya minuman,” kata saksi kejadian

“Kanak-kanak itu hanya terluka sedikit di kepalanya” , tambahnya.

“Saya mendengar jeritan dan melihat keluar dari tingkap pangsapuri saya dan melihat seorang wanita dan anaknya. Wajahnya berbaring di bawah dan kakinya patah, tetapi dia boleh bergerak, “kata Yulia, jiran mangsa pula bercerita mengenai mangsa.

Sementara warga di sekitar pangsapuri menganggap peristiwa ini sebagai keajaiban kerana mangsa selamat dan  anaknya tidak terluka selepas jatuh dari ketinggian itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.