Roslan Nafi Dakwaan Ifa

PENGHIBUR kelahiran Singapura Roslan Shah menafikan kenyataan artis serba boleh, Ifa Raziah mendakwa dia membuat laporan polis dengan menuduh penyanyi dan pengacara wanita itu mengupah orang untuk menembaknya tidak benar.

Bagaimanapun penghibur digelar Sudirman Singapura itu mengakui membuat satu laporan polis di Balai Polis, Johor Bahru, semalam membabitkan kandungan video disiarkan secara langsung oleh Ifa sebelum ini.

Sewaktu dihubungi, hari ini, dia membuat laporan polis demi keselamatan diri dan juga keluarganya.

Bagaimanapun jelas Roslan, dia juga tidak menyatakan langsung mengenai dakwaan kononnya Ifa mengupah pembunuh upahan untuk menembaknya dalam laporan polis dibuat itu.

Katanya, dia tidak menyebut atau menulis tuduhan seperti apa didakwa oleh Ifa.

“Saya tidak boleh mendedahkan isi kandungan laporan polis dibuat atas nasihat pihak berkuasa.

“Mereka (pihak polis) menasihati agar membiarkan mereka membuat siasatan terlebih dahulu kerana ia membabitkan ugutan jenayah,” katanya.

Roslan menjelaskan dia bertegas membuat laporan polis itu untuk kebaikan dirinya bagi memastikan keselamatannya terjamin.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.