Piala Super: Kelantan Mula Langkah Kanan

KELANTAN memulakan kempen dengan langkah kanan apabila menundukkan Persija Jakarta dengan kemenangan tipis 1-0 dalam Piala Super di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Walaupun skuad The Red Warriors berdepan masalah dana musim ini, namun mereka tetap menampilkan aksi memberangsangkan berdepan skuad dari Indonesia itu.

Aksi sengit ditampilkan kedua-dua pasukan, di mana Persija ingin memburu kemenangan kedua setelah menundukkan Ratchaburi FC 3-1, Sabtu lalu.

Kelantan pula ingin cemerlang di laman sendiri, tetapi tiada gol dihasilkan dan kedudukan seri tanpa jaringan kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Selepas rehat, kedua-dua pasukan semakin saling mengasak dan akhirnya gol tunggal perlawanan hanya muncul pada minit ke-75 menerusi pemain import Kelantan, Bruno da Silva Lopes.

Persija cuba mengimbangi kedudukan, tiga minit sebelum tamat perlawanan, malangnya percubaan mereka terkena tiang gol dan keputusan 1-0 kekal hingga wisel penamat.

Apa yang menarik tentang perlawanan itu juga Kelantan merupakan pasukan Malaysia pertama yang beraksi di Stadium Bukit Jalil, sementara Piala Super merupakan persiapan terbaik untuk pasukan itu menghadapi Liga Malaysia bulan depan, lapor Awani

Kelantan selepas ini akan berdepan Ratchaburi pada jam 8 malam, Sabtu ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.