Ngeri! Cuba Menjahit Mulut Ular Tedung Dengan Jarum Dan Benang, Lelaki Ini Alami Perkara Yang Tak Terduga

Bhola Nath dari Bihar, India telah menjumpai seekor ular tedung ketika memandu keretanya.

Ular itu berada di bawah sinar matahari dan tidak bergerak kerana kedinginan.

Dia kemudian menangkap ular itu dan cuba mengawalnya.

Dipetik dari Daily Mirror , Bhola berusaha menjahit mulut ular itu dengan jarum dan benang.

Namun, ketika menusuk jarum di mulut reptilia itu, ular tersebut  terlepas dari cengkaman Bhola dan menggigit tangannya.

Bhola tidak bertindak balas dengan racun ular pada mulanya.

Dia malah membawa ular tersebut pulang ke ruamhnya.

Walau bagaimanapun, racun ular mula bertindak, dia mati dalam perjalanan ke hospital.

Keluarga yang marah membunuh ular tersebut dan menanam keduanya berdampingan.

menurut penduduk setempat, Bhola ingin membawa ular itu dan menjinakkannya.

Pria ini ingin menjahit mulut ular dengan

Ram Nath, seorang jirannya mengatakan, Bhola menaruh minat untuk menangkap ular dan dia akan pergi ke desa yang jauh untuk menangkap ular jika ada berita.

“Dia pulang dengan ular walaupun selepas menggigitnya, tetapi mula menunjukkan gejala selepas beberapa minit,” katanya.

“Tubuhnya berubah menjadi biru dan meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya.

Pria ini ingin menjahit mulut ular dengan

Kejadian seperti itu memang  jarang berlaku.

Sebagai contoh kejadian aneh pada Disember 2016 di Florida, bayi ular tedung ditemui oleh anggota bomba dengan mulutnya dijahit.

Pada November 2016, Arslan Valeev menyiarkan keadaannya yang kritikal kerana dipatuk ular kesayangannnya.

Pria ini ingin menjahit mulut ular dengan

Blogger yang berasal dari Russia itu menunjukkan gigitan ular di tangannya.

Pada akhir rakaman, dia bangun dari kerusi dan terhuyung-huyung dari kamera.

Dia meninggal dunia tidak lama selepas itu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.