Mukhriz Kena Tegur Dengan Mufti Kerana Perlekeh Ibadah Orang Lain

Selepas memperlekehkan ibadah yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah, akhirnya Mukhriz telah ditegur oleh  Mufti Pahang, Da­tuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman yang menyifatkan ia bercanggah dengan ajaran Islam.

Sememangnya perbuatan memperlekehkan ibadah orang lain walaupun `seteru’ mereka, adalah tidak wajar. Ia berbeza dengan nilai-nilai murni di dalam Islam.

Lagipun kenapa perlu mempertikaikan ibadah Najib kerana ia adalah urusan Allah.

Kenapa perlu menjadikan ibadah yang dilakukan oleh seseorang sebagai bahan untuk bercerita di atas pentas? Kenapa perlu berceramah dengan memburukkan peribadi orang lain sedangkan Rasulullah SAW sendiri mengajar umatnya supaya tidak memperlekehkan ibadah atau amal makruf sesama manusia.

Perbuatan berkenaan sangat bertentangan dengan hadis dan norma-norma masyarakat Islam.

“Sepatutnya sebagai umat Islam kita harus mendoakan kebaikan saudara-saudara kita dan menyokong kebaikan-kebaikan yang dilakukan. Kenapa pula nak politikkan soal ibadah?,” kata Abdul Rahman kepada Utusan Online ketika mengulas mengenai tindakan Mukhriz yang memperlekehkan ibadah Najib di Mekah.

Dalam ceramahnya baru-baru ini, Mukhriz yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyifatkan Mukhriz menyifatkan gambar Perdana Menteri di hadapan Kaabah baru-baru ini sebagai satu propaganda untuk menunjukkan imej warak sedangkan kononnya Najib adalah pemimpin yang menyimpang dari landasan.

Menurut Dr. Abdul Rahman, dengan memperlekehkan ibadah serta kebaikan yang orang lakukan, ia hanya membawa kepada perpecahan antara umat Islam.

Hakikatnya Mukhriz sudah ketandusan isu untuk dibawa ke atas pentas kerana serangan demi serangan tidak berjaya mematahkan Najib. Bermula dengan isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kemudian diikuti dengan derma RM2.6 bilion, akhirnya serangan itu tidak lagi berjaya meyakinkan rakyat.

Kini serangan peribadi pula dilakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.