Mari Kenali Pemain Tengah Skuad B-23, Muhammad Danial

Oleh Suzein Yana

Pemain tengah skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Muhamad Danial Amier Norhisham 21, kini bercita-cita meletakkan sasaran untuk beraksi di pentas tertinggi bersama skuad kebangsaan pada masa akan datang.

Danial Amier dilahirkan pada 27 Mac 1997 dan dibesarkan di Sentul, Kuala Lumpur. Beliau kemudian memasuki Sekolah Sukan Wilayah Persekutuan SMK Seri Titiwangsa. Memulakan kerjaya bola sepaknya pada pada awal 2014 bersama kelab bola sepak profesional Frenz United(FUFC).

Di atas masalah tertentu, Frenz United tepaksa diberhentikan operasi pada tahun 2016 dan Danial mengalami masalah untuk beraksi kerana ketiadaan pasukan.

Selama 8 bulan beliau tidak bermain di mana-mana kelab selepas kelab Frenz United dibubarkan pada akhir 2016. Danial Amier telah menghubungi bekas jurulatihnya, Steve McMahon untuk membantunya mencari pasukan baru. Namun Danial juga telah menerima beberapa tawaran termasuk kelab Dunbar Rovers FC dari Australia, tetapi atas sebab kekangan visa, dia tidak bermain di sana.

Pada awal musim 2017, Danial Amier menandatangani kontrak dengan pasukan Felda United U21. Kemudian pada awal musim, jurulatih Felda United, B. Sathianathan menawarkan ke skuad senior dengan memakai jersi bernombor 32 .Danial Amier membuat penampilan sulung bersama Felda United menentang Pahang pada 26 April 2017 ketika beliau mengantikan Azriddin Rosli pada minit ke-53 dalam Liga Super.

Danial Amier memulakan kerjaya bolasepak ke peringkat antarabangsa untuk Malaysia U-19 dan membuat 2 penampilan dalam kelayakan AFC U-19 2016.

Pada 21 Julai 2017, Danial Amier tampil dalam skuad Malaysia U-23 menentang Indonesia U-23 dimana Malaysia dapat mengatasi 3-0 dalam siri kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2018 yang telah berlangsung di Stadium Nasional, Bangkok dan pada tahun yang sama juga Danial Amier juga terpilih untuk bermain di 2017 Sukan Asia Tenggara.

Bakatnya sebagai pemain muda Skuad Felda United akhirnya dihidu oleh pengendali skuad B-23, Datuk Ong Kim Swee dimana beliau telah dipanggil pada pertengahan mei 2017 bersama 26 pemain lain.

Usahanya dalam arena bolasepak tidak disia-siakan dimana beliau telah mengejutkan pasukan Arab Saudi B-23 pada minit 28 hasil gerakan Matthew Davies melayakkan Skuad bimbingan Ong Kim Swee ke Suku Akhir Kejohanan Konfiderasi Bolasepak Asia(AFC) B23 yang berlansung di China.