Malaysia Layak Ke Suku Akhir AFC B-23

KUALA LUMPUR – Malaysia berhadapan satu lagi tugas getir apabila naib juara 2016, Korea Selatan pada aksi suku akhir Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun (B-23) 2018 di Stadium Kunshan, China, Sabtu ini.

Mengikut format pertandingan, Malaysia, selaku naib juara Kumpulan C, akan menentang juara Kumpulan D yang disandang oleh Korea Selatan, selepas mengalahkan Australia 3-2 pada perlawanan terakhir kumpulan serta mengumpul tujuh mata diikuti Vietnam di tangga kedua dengan empat mata.

Sementara skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee mengesahkan tempat di suku akhir dengan mengumpul empat mata selepas mengalami kekalahan 1-4 di tangan Iraq sebelum bangkit mencatat keputusan seri 1-1 berdepan Jordan diikuti kemenangan 1-0 ke atas Arab Saudi.

Malaysia mencipta sejarah apabila muncul sebagai wakil Asia Tenggara pertama layak ke suku akhir diikuti Vietnam yang mengesahkan tiket ke peringkat suku akhir setelah seri tanpa jaringan dengan Syria untuk muncul naib juara Kumpulan D.

Seandainya Malaysia dapat mengejutkan Korea Selatan, menanti mereka di separuh akhir adalah pemenang antara juara bertahan, Jepun dan Uzbekistan yang akan membuat perhitungan pada satu lagi aksi suku akhir, Jumaat ini.

Pada edisi lepas, Jepun mengalah Korea Selatan 3-2 untuk muncul juara.

Sebagai rekod, Kejuaraan AFC B-23 2018 yang memasuki edis ketiga tahun ini merupakan penyertaan sulung skuad kebangsaan selepas gagal dalam dua pusingan kelayakan sebelum ini.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.