Lahir Di Kanada, Ayah Dari Hong Kong, Ibu Dari Taiwan, Henry Super Junior-M Kuasai 6 Bahasa Ini

Salah seorang anggota kumpulan Kpop Super Junior,  Henry Lau rupaya sangat fasih dalam bahasa kantonis dan telah menggunakan kemahiran itu ketika muncul dalam salah satu program TV di Hong Kong.

Rupa-rupana Henry mengaku bahawa bapanya memang berasal dari Hong Kong. Walaupun begitu fasih, Henry mengaku sedikit kekok.

“Yum Cha,” katanya kepada pengacara , seperti yang dipetik dari saluran YouTube Misxing You 2.

Yum Cha yang bermaksud mengundang seseorang untuk minum teh.

Selain bahasa kantonis, seperti yang dilaporkan koreaboo.com, Henry juga boleh berbahasa Perancis, Inggeris, Taiwan dan Mandarin.

Dipetik dari saluran JTBC Entertainment, Henry mampu berbahasa Inggeris kerana dia dilahirkan dan dibesarkan di Toronto, Kanada.

Sementara bahasa Perancis pula dipelajarinya di sekolah.

Untuk maklumat, terdapat satu kawasan di Kanada yang dipanggil Quebec di mana orang menggunakan bahasa Perancis.

Apabila bercakap dengan lelaki dari Quebec, Henry tidak janggal untuk menyambutnya.

Bagaimana pula dengan Taiwan?

Bahasa Taiwan dikuasai kerana ibunya berasal dari Taiwan.

Di dalam video itu, Henry juga kelihatan bercakap bahasa Mandarin. Secara keseluruhannya, dia mempunyai kemahiran dan boleh menguasai enam bahasa iaitu Kantonis, Perancis, Inggeris, Mandarin, Korea, dan Taiwan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.