Kekalahan Arab Saudi Di Luar Jangkaan

KUALA LUMPUR – Kekalahan skuad Bawah 23 (B-23) Arab Saudi kepada Malaysia dalam Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mendapat perhatian media negara itu yang menganggap ia sebagai kejutan besar.

Akhbar dalam talian, Arab News yang memilih tajuk “‘Nervous’ Saudi Arabia make shock exit from AFC U-23 Championship” dibaca lebih 16,011 kali setakat pukul 10.30 malam tadi.

Menerusi laman web rasminya, http://www.arabnews.com/node/1227156/sports mereka menganggap kekalahan tersebut sebagai sesuatu yang di luar jangkaan.

Dalam laporan tersebut turut mengatakan ia adalah penamat kempen Kejohanan AFC yang amat mengecewakan buat peminat sukan di negara itu kerana Arab Saudi hanya memerlukan keputusan seri untuk melangkah ke saingan suku akhir ketika menentang Malaysia.

“Biarpun menguasai hampir 70 peratus penguasaan bola namun masih tidak berupaya menggerakkan perlawanan dengan baik.

“Ia adalah penamat yang amat mengecewakan buat Arab Saudi dalam kejohanan tersebut,” menurut laporan akhbar tersebut.

Semalam, Malaysia memahat sejarah muncul wakil Asia Tenggara pertama mara ke suku akhir dengan mengalahkan Arab Saudi 1-0.

Vietnam mengiringi kemaraan anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee apabila turut mengesahkan tiket ke peringkat lapan terbaik setelah mengikat Syria 0-0 untuk muncul naib juara Kumpulan D, lapor Utusan

Selepas ini Malaysia di jadual menentang Korea Selatan dalam aksi suku akhir, Sabtu ini selepas gergasi bola sepak Asia itu muncul juara Kumpulan D dengan menumpaskan Australia 3-2 di Stadium Kunshan, China sebentar tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.