Gempa 2.5 Magnitud Landa Madinah

MADINAH – Satu gempa bumi lemah berukuran 2.5 magnitud menggegarkan sebahagian kawasan kediaman di barat Madinah, semalam.

Jurutera Persatuan Geologi Arab Saudi, Hani Zahran, berkata pusat gempa direkodkan di 14 kilometer dari barat daya Madinah pada kedalaman 7 kilometer.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam, Kolonel Khalid Al-Johani, berkata pihaknya menerima laporan gegaran di kawasan kediaman di barat Madinah jam 3 petang.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Perlindungan Alam Sekitar dan Meteorologi, Tariq Aba Al-Khail berkata, gegaran itu sangat lemah dan tidak berbahaya, sekali gus tidak mendatangkan sebarang kerosakan.

“Gegaran kecil seperti ini adalah perkara biasa di Arab Saudi,” katanya.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam, Brigedier Jeneral Abdulrahman Al-Harbi turut mengarahkan pakar pertahanan awam dan Jabatan Kajian Geologi Arab Saudi untuk mengeluarkan laporan berkaitan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.