Dr M, ‘Dinosaur’ Yang Enggan Pergi

Tulisan asal oleh:
Narinder Singh, Berita Daily, Malaysia Today, 16 Januari 2018

Banyak yang percaya bahawa dinosaur yang pernah berjalan di atas muka bumi telah lama menjadi pupus, dann apa yang tinggal dan dapat dilihat adalah tulang rangkanya di muzium.

Tetapi ade dinosaur yang tidak mahu pupus dan diarkibkan – dinosaur politik. Mendahului senarai itu tidak lain dan tidak bukan adalah Dr Mahathir Mohamad. Lelaki yang memerintah Malaysia selama 22 tahun dan seorang yang selalu percaya beliau tidak pernah berbuat salah.

Beliau benar dalam memenjarakan timbalannya Anwar Ibrahim. Beliau juga benar dalam memenjarakan semua orang yang menentangnya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), akta yang kini telah dimansuhkan.

Beliau benar dalam melucutkan kuasa dari keluarga Diraja. Beliau benar dalam membiarkan dan memupuk rasuah secara terang-terangan dalam perkhidmatan awam.

Dan beliau juga benar dalam memastikan Umno menjadi sangat rasis dan parti yang paling ditakuti dan parti yang mendominasi Barisan Nasional. Beliau memastikan bahawa MIC, Gerakan dan MCA kekal tunduk dan hanya mereka yang beliau mahu berjaya akan berjaya.

Mahathir juga benar dalam merampas bahagian kekayaan negeri dari Sabah dan Sarawak sementara semua kroninya di situ menjadi jutawan dan hartawan dalam 22 tahun itu.

Setelah semua itu dan selepas mengambil masa untuk beristirahat dari politik sejak tahun 2003, beliau kini memutuskan untuk kembali semula untuk menggunakan kuasa ‘benar’ beliau sebagai perdana menteri sekali lagi.

Adakah rakyat Malaysia akan mengalu-alukan semua dosa yang telah dilakukannya dan membenarkan ‘dinosaur’ ini untuk menakluki semula Putrajaya?

Gabungan pembangkang telah hilang sejak Anwar dipenjarakan kerana meliwat pembantunya. PAS menjadi mesra Umno. Amanah dilahirkan dari kemarahan dan DAP mengisytiharkan perang habis-habisan ke atas PAS.

Dan sementara semua berlaku, Mahathir menyelinap secara senyap dengan PPBMnya ke dalam zon selesa gabungan yang telah berpecah-belah itu dan dengan licik menjadikan dirinya calon terbaik untuk menjadi perdana menteri yang akan datang jika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya ke-14 .

Adakah pemimpin Pakatan Harapan benar-benar bodoh atau mereka yang mudah tertipu sehingga mempercayai bahawa seorang lelaki seperti Mahathir, yang mereka selama ini telah menggesa untuk menjawab bagi kekejamannya, telah dengan segera bertaubat hanya kerana mereka mahu menggulingkan Perdana Menteri Najib Razak?

Mahathir mungkin popular – tetapi untuk semua perkara yang salah yang beliau lakukan yang pada dirinya adalah betul. Beliau memecah belahkan negara atas garis perkauman untuk kekal berkuasa.

Beliau bukanlah batu hati tetapi agak kejam apabila ia adalah mengenai membisukan semua suara yang berbeza dengannya.

Tidak logik bahawa beliau telah berjaya meyakinkan seluruh kepimpinan Pakatan Harapan untuk membenarkan PPBM beliau bertanding di 52 kerusi Parlimen di Semenanjung walaupun ia adalah parti yang sangat baru.

PPBM tidak berbeza dengan Umno ketika berada di bawah rejim dan kawalan Mahathir. Sepanjang masa beliau sebagai presiden Umno, beliau tidak pernah membenarkan sesiapa di bawahnya untuk berjaya. Dan kini modus operandi yang sama digunakan ke atas Muhyiddin Yassin, presiden parti dan bekas timbalan Najib.

Petunjuk yang jelas adalah bahawa terdapat perselisihan faham di kalangan pemimpin Pakatan Harapan yang mana digunakan sepenuhnya oleh Mahathir demi kelebihannya sendiri.

Suara akar umbi mula mencabar keputusan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk menamakan Mahathir sebagai calon PM parti.

Kenyataan yang dibuat oleh PKR Selangor, terutamanya Menteri Besar Azmin Ali, menyebut tentang mereka yang telah diberitahu untuk menutup mulut mereka.

Mahathir hanya boleh membuat janji untuk dirinya sendiri dan keluarganya. Semua janji lain tidak boleh dipercayai.

Ini bukan mengenai usianya yang sudah tua atau bahawa beliau adalah dinosaur ‘masa kini’. Tetapi mengenai harapan palsu yang diberikan oleh Pakatan Harapan kepada rakyat bahawa Mahathir akan menunaikan semua janji-janjinya sekiranya beliau menjadi perdana menteri ketujuh Malaysia.

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/dr-m-the-dinosaur-that-refuses-to-go/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.