Di Usia 8 Tahun Telah Bunuh 3 Nyawa, Amarjeet Jadi Pembunuh Bersiri Termuda Di Dunia

Amarjeet Sada, merupakan pembunuh bersiri termuda di dunia. Dia berusia 8 tahun ketika dia pertama kali membunuh seorang bayi berusia lapan bulan.

Pada pandangan pertama, wajahnya kelihatan seperti seorang budak lelaki.

Tetapi, siapa sangka budak lelaki ini seorang pembunuh.

Polis akhirnya memenjarakan Amarjeet selepas dia ditangkap membunuh bayi berusia enam bulan yang ditinggalkan jirannya.

Ketika itu Amarjeet menghadiri sekolah rendah di sana dan melihat bayi tidur nyenyak.

Ketika pelajar lain sibuk di sekolah,  Amarjeet memutuskan untuk membawa bayi itu ke padang berhampiran sekolahnya.

Dia mengaku, membawa bayi itu ke sana bagi mengelakkan orang ramai mendengar tangisannya.  Kemudian, tanpa alasan yang jelas, secara kejam dia memukul bayi tersebut hingga mati.

Untuk menyembunyikan perbuatannya, Amarjeet menutupi mayat bayi itu dengan menggunakan daun.

Amarjeet Sada

Apabila polis tiba di lokasi kejadian, Amarjeet mengaku pada polis telah melakukan tindakan jenayah itu.

Orang ramai terkejut kerana dia tidak menunjukkan sebarang reaksi.

“Amarjeet hanya tersenyum bahkan meminta biskut,” ujar seorang anggota polis. Lebih mengejutkan apabila polis mengetahui bahawa bayi itu adalah mangsa ketiga Amarjeet.

Naluri pembunuh dalam diri Amarjeet telah ada sejak dia berusia setahun.

Mangsa pertamanya adalah sepupunya sendiri yang berusia enam bulan lagi.

Keluarga itu tidak melaporkannya kepada polis kerana mereka mahu melindungi Amarjeet.

Mereka menganggap insiden tersebut hanyalah kemalangan.

Tapi, tak lama kemudian, Amarjeet kembali melakukan pembunuhan sadis.

Kali ini, mangsa adalah adik perempuannya yang baru berusia lapan bulan.

Pihak berkuasa kemudiannya mengetahui sama ada Amarjeet mengalami masalah mental.

“Ini adalah keadaan psikologi yang membuatnya menjadi tingkah laku yang sadis,” kata Analisis Psikologi, Shamshad Hussain.

Kerana usianya yang masih di bawah umur, Amarjeet diletakkan dalam pusat tahanan khusus anak-anak sehingga usianya 18 tahun.

Sehingga kini, belum ada berita terkini dari Amarjeet.

Walau bagaimanapun, di laman web The Post Mortem Post, Amarjeet kini berada di tempat perlindungan kanak-kanak dan menukar namanya kepada Samarjit.

Bagaimanapun, tidak ada jaminan dia tidak akan melakukan lagi pembunuhan kejam itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.