Bunuh Ibu Kerana Permainan Video

CALIFORNIA – Seorang lelaki berusia 28 tahun ditangkap selepas menembak mati ibu sendiri kerana berang fon kepala permainan video miliknya rosak.

Kejadian dikatakan berlaku semasa Matthew Nicholson bermain permainan video di dalam bilik di rumahnya yang terletak di Ceres, dekat sini sebelum dia mula bertengkar dengan ibunya, Lydia, 68.

Dalam pertengkaran itu, Nicholson mendakwa ibunya telah merosakkan fon kepala miliknya dan mengancam mahu menembak wanita itu dan bapanya, Loren, 81.

“Suspek kemudian melepaskan dua das tembakan dan salah satu terkena kepala ibunya, melihat kejadian bapanya bertindak merampas pistol tersebut,” kata polis.

Lelaki itu ditahan dalam sekatan jalan raya beberapa jam selepas insiden berkenaan ketika melarikan diri menggunakan kereta kakaknya.

“Saya difahamkan dia mahu membunuh bapanya juga tetapi pistol itu tersekat,” kata seorang kenalan keluarga berkenaan kepada Fox 40. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.