Beruk Tersangkut Atas Pokok

KOTA BHARU – Pelik tapi benar. Kebiasaannya beruk memanjat pokok tapi kali ini beruk pula tersangkut atas pokok kelapa.

Dalam kejadian petang tadi, beruk terbabit dikatakan gagal turun dari pokok yang mempunyai ketinggian hampir 40 kaki selepas diarah memanjat pokok itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Mohd Rafain Mat Zain berkata,seramai enam anggota dihantar ke lokasi di Kampung Alor Bakat, lapor Sinar

“Kita menggunakan tangga untuk menurunkan beruk terbabit.

“Selepas berjaya menurunkan beruk berkenaan kita telah serahkan beruk itu kepada pemiliknya semula yang dikenali sebagai Pak Lah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.